Rabu, 17 April 2013

Ku ingin Kau Tahu (Bab 1)


"Kau ni kalau sehari tak menyusahkan aku, tak boleh ke! perangai kau sama saja dengan mak bapa kau! " . Ujar makcik Salina dengan mata membulat ke arah Nur Iman Qistina. Ada sahaja maki hamun yang di lemparkan kepada Iman, sehinggakan kesalahan orang lain pun, Iman menjadi tempat untuk melepaskan amarah. "Iman dah cakap, bukan Iman yang pecahkan pasu makcik!" bentak Iman untuk mempertahankan dirinya. " Kalau bukan kau siapa yang pecahkan, aku? " giliran Jeslina pula meninggikan suaranya kepada Iman."

Memang kau pun yang pecahkan, apahal pula kau nak tuduh aku!" kata Iman sambil mengetapkan bibir. Kalau di ikut kata hati, mahu sahaja muka Jeslina dijadikan makanan untuk tangannya, sudah sekian lama Iman bertahan dengan sikap talam dua muka Jeslina. Di depan Makcik Salina anaknya itu bagaikan patung cantik yang dibelai-belai, tetapi jangan sangka patung yang cantik itu, mempunyai hati yang mulia.

'Panggggg...' rasa hangat menyerbu wajah, tidak semena-mena satu tamparan melekat dipipi Iman, sambil dengan nada suara yang penuh kemarahan berkata "Jangan kau berani menengking anak aku ya!, sekali lagi aku dengar siap kau aku kerjakan! jangan ingat laki aku bela kau, kau boleh senang lenang hidup dalam rumah aku ni!" bertalu-talu maki hamun yang dilemparkan kepada Iman tanpa berfikir sedikit pun perasaannya, tetapi Iman hanya memendam rasa sedih yang sudah lama bersarang dihatinya. Kemana lagi dia mahu pergi, hanya Makcik Salina dan Pak cik Jamal sahaja tempat dia bergantung dan mereka juga darah daging yang dia ada , walaupun dia tahu kehadirannya dalam keluarga itu, setelah ibu dan ayahnya mengadap ilahi akan menambahkan susah Pak cik Jamal sekeluarga. Tetapi Pak cik Jamal tidak pernah merungut, malah dia menjaga Iman bagai menatang minyak yang penuh tidak ubah seperti anaknya sendiri.

"Apa yang awak bising- bising ni Salina!" terdengar suara dari muka pintu beranda rumah dengan membawa bungkusan plastik Pasarayaku. "Apa yang awak dah buat dengan budak ni? " Pak cik Jamal memegang pipi Iman yang sudah jelas kelihat merahnya walaupun mukanya hitam manis tetapi kesan tamparan jelas kelihatan. "Itulah abang manjakan sangat anak pungut ni, sampai dipijak- pijak kepala kita! " berdesing telinga Iman digelar anak pungut oleh Mak Cik Salina, lagi berdarah hati Iman digelar sebegitu rupa, 'hina sangat ke aku ini' bermonolog Iman didalam hati. " Awak jangan nak melampau sangat Salina!, jangan sampai tangan saya ni hinggap kat muka awak! " berang Pak cik Jamal dengan sikap Salina yang sudah keterlaluan itu, kalau nak diikutkan hati mahu sahaja Pak cik Jamal ingin ceraikan Mak cik Salina, tetapi memikirkan anaknya yang seorang itu iaitu, Jeslina tidak sanggup hatinya. " Abang sanggup nak lempang saya sebab dia ye! " tinggi suara Salina, sambil berlalu bersama Jeslina meninggalkan Jamal dan Iman. 

Shhhh... angin pagi menyerbu ke muka, terasa nyaman sekali. Meyerling ke arah jam loceng, yang sudah menunjukkan pukul 6.15 pagi, laju tangan Iman membuka telekungnya lalu berlari anak dia ke dapur untuk menyiapkan sarapan dan makanan tengah hari. Pantas sahaja tangannya melakukan segala kerja di dalam rumah, sedangkan Mak cik Salina dan Jeslina masih nyenyak tidur di kamar mereka.


Terdetik hati seorang hamba Allah melihat Iman yang sedang asyik melakukan kerja, di muka pintu dapur terlihat Pak cik Jamal sedang berdiri sambil melihat Iman. Hatinya sayu dikala terpandang wajah Iman, yang mengingatkannya tentang arwah adiknya Johan. Dikala itu juga, hatinya berkata  'maafkan abang Johan, abang tak dapat menjaga Iman dengan baik'  .Disaat hati masih panas seperti api, akan sejuk dengan sendirinya apabila melihat wajah Johan, masih dia teringat pergaduhan antara dia dengan ayahnya, Johan yang menyelesaikan segala pertelingkahan 'terima kasih Johan kerana kau hadiahkan Iman kepada abang, Imanlah penguat hidup abang sepanjang hari ini'. 



"Pak cik , Pak cik.. Ohh... Pak cik Jamal jauhnya termenung, Iman panggil pun Pak cik tak dengar" panggil Iman beberapa kali kepada Pak ciknya. " Tak da apa-apalah,sedapnya bau nasi goreng Iman buatkan perut Pak cik Jamal lapar sahaja. " elak Pak cik Jamal, sememangnya dia sudah lapar dengan aroma nasi goreng Iman. Iman memang pandai masak, orang  yang kenyang pun boleh jadi lapar semula disebabkan masakan Iman. "Laa.. Kenapa Pak cik Jamal tak beritahu Iman tadi, kalau Pak cik nak makan Iman hidangkan untuk Pak cik" keluh berbaur serba salah membiarkan Pak cik Jamal melihat sahaja nasi goreng itu. "Tak apa Iman, bekalkan sahaja nasi goreng itu untuk Pak cik, nanti Pak cik makan di tempat kerja Iman bekalkan lebih ya" halang Pak cik Jamal apabila melihat sudah mahu mengisi nasi goreng kedalam pinggan. "Betul ni Pak cik tidak mahu makan?" tanya Iman lagi. "Betul.. bekalkan sahaja nasi goreng tu, nanti Pak cik makan di tempat kerja, takut kamu lambat pula ke sekolah" seloroh Pak cik Jamal kepada Iman. "Ok lah, Iman bekalkan untuk Pak cik ya, lepas tu Iman pergi sekolah ya" tersenyum Iman sambil berkata. Selesai sahaja bekalan untuk Pak cik Jamal, Iman terus mencapai begnya, dan pergi ke sekolah. Pak cik Jamal memberi wang perbelanjaan kepada Iman, seperti biasa Iman akan menolak. Iman tahu, Jeslina akan mengambil wang itu, jadi lebih baik dia membawa bekal sahaja, dia pun pasti akan membawa dua bekalan ke sekolah, Jeslina tidak akan pernah membiarkan Iman senang hati di sekolah. Masih dia teringat bekalannya habis dibuang dalam tong sampah, sedangkan dia masih belum makan bekalan itu, semuanya angkara Jeslina dan kawan-kawannya yang suka membuli Iman.




Pak cik Jaml menyerling ke arah jam dinding melihat sudah pukul 6.45 pagi, dilihat ke kamar masih tidak nampak batang hidung anaknya keluar dari kamar itu. Hatinya berkata 'budak ni tak pergi sekolah ke, tak bangun-bangun dari tadi'. Pak cik Jamal membuka pintu biliknya dan mengejutkan isterinya yang sedang tidur. "Puan Salina, awak tak kejutkan anak awak tu ke sekolah, sudah pukul berapa ni lambat pula nanti budak tu pergi sekolah" tegur Pak cik Jamal dengan nada yang agak keras. "Nanti saya kejutkanlah, kesian budak tu letih, semalam sekolah ada latihan rumah sukan , ujian tara" kata Mak cik Salina sambil mengeliat dihadapan Pak cik Jamal tanpa tidak ada perasaan malu. Pak cik Jamal menggeleng-gelengkan kepala, melihat sikap isterinya itu yang suka mengambil mudah tentang persekolahan anaknya. " Iman itu pun pergi juga sukan, tak ada pula dia mengeluh penat, boleh lagi bangun awal.. pagi" ditekankan pula perkataan 'awal pagi' untuk memerli isterinya itu. Muka Mak cik Salina mula berubah dan berkata "Lagi-lagi Iman abang nak menangkan dan nak bandingkan, entah apalah budak itu yang nampak bagus dekat mata abang. Kalau abang nak tahu Iman tu suka melawan cakap saya tahu tak!" geram Mak cik Salina apabila Pak cik Jamal terus sahaja membela Iman. Malas Pak cik Jamal mahu melayan Mak cik Salina, bukan dia tidak tahu Iman ada melawan kata dengan Salina, manakan tidaknya budak itu melawan, diherdik dihina dicacinya ibu bapa anak itu. Siapa yang tidak marah diperkatakan sedemikian rupa, Pak cik Jamal yang mendengar pun rasa ingin menampar siapa yang memperkatakan adiknya sebegitu rupa. " Sudah jangan nak bertekak pagi-pagi ni, rezeki tak masuk! pergi kejutkan anak awak tu!" bentak Pak cik Jamal dan berlalu meninggalkan isterinya.


Kringggggg!!!! bunyi loceng rehat Sekolah Menengah Seri Indah, gamatlah suasana diketika rehat. Dikala anak-anak lain ke kantin, Iman hanya bersendirian di kelas, mana mahu dia memperolehi wang untuk membeli makanan dari kantin lagi baik hanya duduk dikelas.


Tahun ini merupakan tahun terakhir Iman dan Jeslina bersekolah, dan ada lagi satu bulan lagi untuk membuat persediaan dalam peperiksaan SPM yang tidak lama lagi. Sebelum bermulanya kelas, Iman pasti akan mengulang kaji mata pelajaran tersebut, dan itulah rutin Iman di sekolah. "Iman jomlah pergi ke kantin, kita rehat sama-sama" tegur rakan Iman yang dikenali sebagai Sasya, yang melihat Iman masih tidak berganjak dari tempat duduknya walaupun loceng rehat sudah berhenti berbunyi. "Tak apalah Sasya, aku makan dikelas sajalah, kau pergilah ke kantin, lagipun aku ada membawa bekal dari rumah" terang Iman kepada sahabatnya itu sambil menunjukkan bekalan nasi goreng. "Alaaa.. asyik bawa bekal saja kau ni lah, sekali sekala merasalah masakan Mak cik Timah pula, kecil hati Mak cik Timah kau tak makan masakan dia". Keluh Sasya , apabila ditolak pelawaannya itu sambil mencebikkan bibirnya. "Tak apalah, aku tak mahu membazir lagipun aku mana ada duit Sasya" Luah Iman kepada Sasya, bukan Iman tidak tahu perangai Sasya yang suka merajuk itu. "Tak apalah kali ini aku belanja kau" tawar Sasya pula, dia berharap Iman akan terima tawarannya itu. " Tak mahulah Sasya, kau simpanlah duit tu, aku tak nak susahkan kau" larang Iman, Iman tidak suka mengambil kesempatan atas kebaikan kawannya itu. Biarkan kita bersusah dahulu, manalah tahu esok lusa kita senang.



"Kau ni memang degillah Iman, kau memang kuat pendirian."sudah putus asa dia dengan kawannya yang seorang ini. "Tapi aku nak belanja kau pula, kau nak tak?" duga Iman kepada Sasya, yang mula bermasam muka, tidak mahu dia kehilangan kawan seperti Sasya, yang sentiasa menjadi tempat Iman mengadu, ketawa dan bersedih. " Belanja? belanja apa?" terkejut juga Sasya apabila Iman ingin belanja dia. "Taraaaa!!!... nasi goreng buatan Nur Iman Qistina" sergah Iman kepada Sasya. "Oi Omak den nasi goreng bungkus satu!!!" melatah Sasya apabila Iman menyergah dirinya. Meletus gelak Iman melihat Sasya terkejut, "Hahaha.. sory sory sory aku bergurau saja" . "Banyaklah kau, kalau aku ada sakit jantung boleh meninggal tahu" marah Sasya apabila disergah. "Ala maaflah ya, ini nasi gorengnya, jomlah makan nasi rehat habis pula". pantas Iman memujuk rakannya itu. "Yelah-yelah jom makan, apa-apa pun terima kasih Iman sedap nasi goreng kau ini" Bau nasi goreng dari rakannya itu, membuatkan kemarahannya tidak jadi. Mereka terus menjamah nasi goreng itu, Iman tersenyum melihat rakannya makan nasi goreng yang dibuatnya.



"Amboiiiii..., orang lain kau kasi makan ya!" berdirinya seseorang dalam keadaan marah yang Iman sangat kenali di muka pintu kelas. "Hoi!! kau tak boleh bagi salam dulu ke, sebelum nak terjah-terjah orang!" tinggi suara Sasya, dan membuntang matanya ke arah Jeslina, dia tahu Jeslina adalah sepupu kepada Iman dan dia juga tahu Jeslina amat benci dengan Iman. Melulu sahaja Jeslina masuk ke kelas 5 Anggerik bersama dua orang rakannya Shila dan Jenny yang berbangsa cina, "kau diam! aku tak cakap dengan kau pun, dan kau jangan nak masuk campur hal aku dengan dia!" tenking Jeslina sambil jari telunjuknya ke arah Iman yang termanggu di tempat duduknya. Sasya mula naik berang dengan sikap Jeslina, lantas dia bangun dari tempat duduknya,  "Hal dia hal aku juga, aku kawan dia!" "hei!! apa hal kau selalu sahaja nak cari masalah dengan Iman ha!! Kenapa kau nak kacau dia? dia tak pernah kacau kau pun" bertubi-tubi kemarahan yang dilemparkan ke arah Jeslina. " You tu apa pasal maa.. you jangan ikut sibuk itu hal antara dia sama itu perempuan!" sambung Jenny dengan loghat bahasanya pula membela rakannya itu Jeslina.



"Sudahlah Sasya, biarlah dia" Iman terus menarik tangan Sasya ke sisinya lalu menenangkannya, dia berpaling ke arah Jeslina dan bertanya, "Ada apa kau datang jumpa aku, apa lagi yang kau tak puas hati dengan aku. Kalau kau datang nak minta duit, maaflah aku tak ada duit!?" dari intonasi Iman dan riak wajahnya yang mula merah, dapat dirasai bahawa dia marah, dan berasa sangat sakit hati. "Kau ingat aku ni papa kedana macam kau ke, ataupun menumpang macam kau sampai aku kena minta kau!!" membulat mata Jeslina apabila mendengar kata-kata Iman, yang pedas didengar. Berkata Iman didalam hati ' Tak minta aku konon, cakap tak serupa bikin' , panas hati Iman apabila Jeslina menipu terang-terangan di depannya. " Habis itu kalau kau tak nak duit, kau nak apa?" Iman terus bertanya apa tujuan Jeslina berjumpanya, dia sudah malas mendengar setiap kata perli keluar dari mulut Jeslina. " Hei! disebabkan kau, mak bapa aku bergaduh tahu tak. Kau ni memang tak tahu kenang budilah, sebab kaulah bapa aku berani naik tangan kat mak aku!, sebab kau juga duit belanja aku kena potong tahu tak!" bertalu-talu kata yang dilempar ke arah Iman.



Memang dia ketahui Pakcik Jamal dan Mak cik Salina bergaduh disebabkan dia, ini kerana Pak cik Jamal membela dia. Masih dia teringat Jeslina poteng sekolah bersama Jenny dan Shila, bukan salah dia duit belanja Jeslina di potong, macam kata pepatah sepandai - pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua, tertangkap sendirinya oleh Pak cik Jamal dan menjadi tempat melepaskan geram Imanlah, dituduhnya Iman yang memberitahu bapanya bahawa dia poteng sekolah. " Kenapa pula aku yang salah?, kau yang ponteng sekolah sudah tentulah Pak cik Jamal potong duit belanja" selamba sahaja Iman berkata tanpa memikir akibatnya membuat Jeslina sakit hati, tetapi dia tak kisah semua itu, kalau dia tidak melawan pun dia akan kena juga nanti. " Kau ni saja nak sakitkan hati aku ke! .." 'Krinnggggggg!!!' baru sahaja Jeslina ingin membalas, kata-katanya dipintas dengan bunyi loceng, berikutan juga dengan pelajar- pelajar lain berkusu-kusu masuk ke kelas. Loceng pun berhenti berbunyi,  "Aku belum habis lagi dengan kau anak pungut! siap kau balik ni!" sempat lagi Jeslina mengeluarkan kata kesat, kepada Iman dan berlalu balik ke kelasnya semula. 'Alhamdulillah.. akhirnya keluar juga dia dari kelas ini' Iman menghela nafas, dan mengurut dadanya lega melihat Jeslina sudah keluar dari kelasnya itu.



 "Hish! teruknya dia itu, macam manalah kau boleh bertahan duduk dekat rumah itu" Marah Sasya kepada Jeslina masih belum habis lagi. "Kau tak nak tidur rumah aku ke malam ni?" tanya Sasya lagi kepada Iman, tujuannya juga adalah untuk membantu Iman, dia tahu sudah pasti Iman akan kena teruk dengan Jeslina serta ibunya. "Tak apalah, aku tak mahu ganggu kau di rumah, lagi pun aku kena masak, basuh baju dan kemas rumah. Kalau aku tak ada siapa nak tolong kemas" elak Iman, dia tidak mahu susahkan sahabatnya itu. Sasya sekeluarga sudah banyak membantunya, jadi dia tak mahu menyusahkan Sasya lagi. Biarlah kali ini dia menjadi tempat amarah Jeslina dan Mak cik Salina, kalau Makcik Salina dan Jeslina tahu dia tidur di rumah Sasya sudah pasti lagi teruk Iman kena, siap hari bulan dituduh menjaja cerita keburukan keluarga."Aduh aku dah agak, mesti kau tak nak, tak apalah nanti kalau ada apa-apa bagitahu aku ya" ujar Sasya, sudah dia mengagak jawapan Iman, jadi dia tidak mahu memaksa Iman.



Selamat membaca entry kite.. ^__^